Sabtu, 13 Disember 2014

Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard

Bahan A
Roti 10 keping
2 cawan susu segar

Bahan B
4 sudu gula 
2 biji telur
2 sudu mentega
1 sudu tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
krismis secukupnya

Bahan Sos Kastard
1 cawan susu segar
4 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung kastard

Cara-cara membuatnya:
1.Roti dicarik-carik kecil dan masukkan dalam dulang pembakar
2.Tuangkan susu dan rendam selama 30 minit
3. dalam bekas yang lain kacau bahan B kecuali kismis sehingga sebati.
4. kemudian masukkan bancuhan tadi kedalam roti yang direndam
5. Taburkan kismis diatasnya.

untuk sos kastard:
bancuhkan kastard dengan sedikit air. kemudian campurkan dengan susu segar, gula dan esen vanila.
Didihkan kesemua bahan tadi sehingga sedikit pekat.

Sabtu, 31 Mei 2014

Kek Gula Hangus @ Sarang Lebah

Assalamualaikum....
hjg minggu lepas.. suami ida request nak kek gula hangus..
google punya google.. dpt resipi ini dr blog Kak Mas dari blog Duniaku..
pemilik asal resipi ini pula dari blog kak Norshalieda dr blog Pesona Cinta Cida de'Nuanza..
1st try dah menjadi... tapi lupa plk nak snap pic... next time buat bru ida uploadkan
hasilnya k...

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
cida de'nuanza


bahan2 :
ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega


cara:
masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik
nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit

pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air...
cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan


bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila



cara:
pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je)
pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!

bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

Selasa, 31 Disember 2013

Resipi Puding Triffle


Bahan-bahannya:

2 gulung swissroll/kek(flexible blh guna ape2 jenis kek)
1 tin fruit koktail
i tin susu segar
1 tin susu cair
1 tin air
5 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar gula
 1 kotal cystal jelly berperisa rasberry/srawberry(masak ikut arahan pada kotak)

Cara membuatnya:

1.Potong kek swissroll tadi dan susun di dalam bekas.
2.Tapis fruit koktel dan ambil airnya dan jirus pada kek swissroll yang telah disusun td
3.campurkan tepung kastard, susu cair, air ke dalam periuk.kacau pada api yang kecik
sehingga campuran tadi hingga masak dan kelihatan berkilat.
4. Tuangkan campuran yang dimasak tadi kedalam kek yang telah dipotong. biarkan sejuk seketika.
5. masak jelly mengikut arahan pada kotak.
6. setelah itu masukkan jelly yang telah masak ke dalam bekas kek dan campuran kastard td.
(lapik sudu/senduk ketika menuang keatas kastard bagi mengelakkan dari adunan kastrd pecah.
7. seterysnya tabul buah-buahan yang telah ditapis.
8. simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.