Sabtu, 13 Disember 2014

Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard

Bahan A
Roti 10 keping
2 cawan susu segar

Bahan B
4 sudu gula 
2 biji telur
2 sudu mentega
1 sudu tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
krismis secukupnya

Bahan Sos Kastard
1 cawan susu segar
4 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung kastard

Cara-cara membuatnya:
1.Roti dicarik-carik kecil dan masukkan dalam dulang pembakar
2.Tuangkan susu dan rendam selama 30 minit
3. dalam bekas yang lain kacau bahan B kecuali kismis sehingga sebati.
4. kemudian masukkan bancuhan tadi kedalam roti yang direndam
5. Taburkan kismis diatasnya.

untuk sos kastard:
bancuhkan kastard dengan sedikit air. kemudian campurkan dengan susu segar, gula dan esen vanila.
Didihkan kesemua bahan tadi sehingga sedikit pekat.