1.0 PENGENALAN
Pembelajaran adalah satu proses yang berlaku sepanjang hayat.
Pembelajaran bermula seawal dari kecil lagi dimana proses pembelajaran dalam
kitaran hidup kita seiring berjalan. Perkembangan zaman yang semakin moden
menyebabkan ramai yang mulai sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan yang akan
digunakan sepanjang hidup. Maka tidak hairanlah jika mereka yang sudah pun
berkerjaya mencari peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Selain dapat meningkatkan taraf hidup mereka, mereka juga
dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kualiti kerja mereka.
Kebanyakan mereka yang telah berkerja memilih untuk melanjutkan pelajaran
secara separuh masa, secara luar kampus mahupun secara jarak jauh. Universiti
Terbuka Malaysia adalah salah satu universiti yang menawarkan program secara
separuh masa. Waktu pembelajarannya pula diadakan pada hujung minggu dan
flekksible amat sesuai kepada golongan yang telah bekerjaya.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RM ke-9), perkembangan
persekitaran digital global dijangka memberi kesan besar kepada usaha dalam membangunkan
Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.
Memandangkan teknologi maklumat merupakan suatu penentu utama dalam proses
pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian ini, usaha telah dipergiat
untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan teknologi maklumat
secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat
yang lebih menyeluruh dalam semua aspek kehidupan seharian.
Kaedah pembelajaran kini dijalankan secara atas talian seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat. Pembelajaran secara atas talian ataupun
e-pembelajaran ialah satu kaedah pembelajaran yang diadakan secara atas talian
yang mengunakan peralatan elektronik seperti komputer dan internet untuk
mengaksesnya. Hodgins dan Conner (2000)
mendefinisikan e-pembelajaran sebagai pengunaan teknologi dalam pembelajaran
termasuk pengunaan peralatan digital, kelas maya, pembelajaran melalui siding
video dan pengunaan komputer yang mempuyai capaian internet. Kaedah
pembelajaran yang ternyata jauh berbeza dengan pembelajaran secara tradisional
memberikan nafas baru dalam perlaksanan pembelajaran atas talian. Menurut Romiszowski (2004),“Pembelajaran
atas talian memberikan sepenuhnya
suasana pembelajaran yang baru untuk
pelajar, yang memerlukan kemahiran yang berbeza untuk
berjaya”. E-pembelajaran merupakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (“Local Area Network”, “Wide Area Network” atau Internet) untuk menyampaikan kandungan,
maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita
audio-video, tv interaktif adalah sebahagian dari media elektronik yang
digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000). Penglibatan pelajar yang lebih maju kedepan dan lebih
proaktif adalah satu kelebihan untuk berjaya sebagai pelajar secara atas
talian. Oleh kerana kaedah pembelajaran yang sama sekali jauh berbeza dengan
pembelajaran secara tradisional, maka banyak cabaran-cabaran baru yang terpaksa
mereka hadapi.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah kerjasama dan penglibatan di
kalangan pelajar secara jarak jauh. Sistem penyampaian E-pembelajaran menggalakkan kerjasama yang berkesan di kalangan pelajar, kerana ia adalah
penting untuk membantu pelajar
supaya mereka dapat mewujudkan dan
dapat mengekalkan kerjasama (Bull, 2008). Di samping itu juga pelajar juga akan menghadapi cabaran dari segi
kekangan masa disebabkan kebanyakan pelajar secara atas talian terdiri dari
mereka yang sudah berkerjaya.
Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan tentang kemahiran-kemahiran
yang diperlukan bagi pelajar atas talian. Sebagai pelajar Open
Univerisity Malaysia(OUM), terdapat tiga kaedah pembelajaran yang
dipanggil “Blended approach learning”. Kaedah pembelajaran ini dibahagikan
kepada tiga iaitu:
a. Pembelajaran
secara secara sendiri yang memerlukan pelajar untuk menjadi pelajar yang
berdikari berdasarkan kepada masa yang ada.
b. Pembelajaran
secara bersemuka adalah sesi berjumpa dengan pensyarah iaitu sesi tutorial yang
diadakan pada hujung minggu.
c. Methodologi
secara atas talian pula adalah pembelajaran secara atas talian termasuk
komunikasi elektronik seperti e-mail, forum perbincangan dan juga ruang sembang
yang dibekalkan untuk perhubungan diantara pelajar, tutor dan juga fasilitator.
Oleh kerana kebanyakan pelajar secara atas talian adalah terdiri dari
mereka yang telah bekerja, maka saya akan membincangkan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan oleh mereka sebagai pelajar atas talian. Antara
kemahiran-kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran menguruskan masa,
kemahiran membaca dan juga kemahiran teknologi maklumat ataupun kemahiran
mencari maklumat. Di samping itu juga, saya juga akan menjelaskan tentang
kepentingan-kepentingan kemahiran tersebut kepada pelajar atas talian.
2.0 KEMAHIRAN UNTUK PELAJAR SECARA ATAS TALIAN
Disini saya akan
menjelaskan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar atas talian.
Antaranya adalah:
2.1 KEMAHIRAN MENGURUSKAN MASA
Menurut Wikipedia, 2011 “Time management is the act or process
of exercising conscious control over the amount of time spent on specific
activities, especially to increase efficiency or productivity” yang
bermaksud proses mengawal masa keatas
jumlah masa yang digunakan untuk aktiviti terutamanya untuk meningkatkan
kecekapan dan produktiviti. Pengurusan masa adalah satu kaedah untuk mengawal
masa anda. Pengurusan masa yang baik
memberikan anda masa yang secukupnya untuk menyiapkan kerja sementara anda
masih boleh menjalankan tanggungjawab dan juga aktiviti yang lain. Menjadi
pelajar atas talian, semestinya memerlukan pelajar bijak mengaturkan jadual
masanya. Ini kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan pelajar atas talian ini
terdiri dari mereka yang telah bekerjaya dan sudah pun berkerluarga.
Tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada pembelajaran tetapi juga kepada
kerjaya dan juga keluarga. Pembahagian masa diantara ketiga-tiga tugas ini
memerlukan pengurusan masa yang berkesan. Jika pengurusan masa tidak dapat
dilakukan dengan baik, komitmen terhadap ketiga-tiga tugas ini juga tidak dapat
dilaksanakan dengan baik. Sekali gus akan menganggu proses pembelajaran dan
juga kerjaya mereka. Sebagai seorang pelajar, beberapa perkara terpaksa mereka
lalui iaitu dengan menghadiri kuliah dan juga tutorial, menyiapkan tugasan dan
juga menghadapi peperiksaan. Pengurusan masa yang berkesan dapat membantu anda
untuk merancang kedepan. Ini bermakna, pelajar
dapat merangcang segala aktivi mereka. Sama ada untuk mengulangkaji, menyiapkan
tugasan, melakukan rutin harian, bersama dengan keluarga dan juga mutu kualiti
kerja akan dapat dikekalkan. Perancangan yang betul akan dapat memastikan
segalanya berjalan dengan lancer dan juga mengelakkan diri dari mengalami
tekanan dengan bebanan kerja dan juga bebanan sebagai seorang pelajar. Selain
itu juga, pengurusan masa yang baik, pelajar akan dapat menilai setiap kemajuan
mereka dari masa ke semasa. Ini kerana jika kita mengulangkaji secara konsisten
maka kita akan dapat melihat perkembangan pembelajaran kita dari pelbagai sudut
dan aspek. Selain itu juga, pengurusan masa yang berkesan penting supaya kita
dapat mengunakan masa kita dengan lebih proaktif disamping dapat mengawal
aktiviti-aktiviti dan mengutamakan perkara-perkara yang lebih penting. Sebagai
contoh, jika kita terpaksa memilih antara menyiapkan tugasan ataupun bercuti,
kita hendaklah memilih antara kedua-dua tersebut manakah yang lebih penting.
Kita boleh juga memilih untuk menyiapkan tugasan dan jika tugasan telah
disiapkan maka kita boleh menghadiahkan diri kita untuk pergi bercuti. Dengan
ini, pelajar akan kekal bermotivasi dan sentiasa bersemangat dalam menyiapkan
tugasan-tugasan tersebut. Disamping itu juga dapat mengelakan pelajar dari
mengalami tekanan.
2.2 KEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
Menurut Merriam-webmaster dictionary, teknologi
maklumat bermaksud teknologi
yang melibatkan pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan sistem komputer,
perisian, dan rangkaian bagi pemprosesan dan pengedaran data. Kemahiran
teknologi maklumat pula adalah kemahiran dari segi pengunaan kepada teknologi
tersebut. Sebagai contoh kemahiran dalam pengunaan talian jalur lebar,
pengunaan aplikasi-aplikasi dan juga perisian teknologi maklumat seperti
kemahiran mengunakan Microsoft office. Kemahiran teknologi
maklumat sangat penting bagi pelajar yang mengambil pengajian berdasarkan
kepada pendidikan jarak jauh seperti yang diadakan di Open Universiti Malaysia (OUM). Kemahiran dalam pengunaan internet
adalah sangat penting. Di Oum, terdapat tiga persekitaran pembelajaran yang
diterapkan iaitu pengurusan diri, sesi tutorial dan juga sesi pembelajaran atas
talian. Bagi sesi pembelajaran atas talian, pengunaan peralatan komunikasi
seperti e-mail, forum perbincangan, ruangan sembang dibekalkan bagi kemudahan
pelajar untuk memudahkan perhubungan diantara pelajar, pensyarah dan juga
fasilitator. Kesemua kemudahan ini disediakan didalam sistem yang dipanggil ‘Learning Management System (myLMS)’.
Bagi pelajar Oum sendiri, kemahiran dalam bidang teknologi maklumat sangat
diperlukan untuk mengunakan kemudahan yang disediakan di myLMS. Disamping itu
juga, jika seseorang pelajar tidak tahu untuk mengunakan kemudahan tersebut,
agak sukar baginya kerana di myLMS juga, segala maklumat-maklumat terbaru dari
pihak universiti akan di umumkan di laman sesawang tersebut. Disamping itu
juga, nota dan juga tugasan akan dimuat naik di dalam myLMS tersebut. Pelajar
juga perlu untuk menghantar tugasan-tugasan secara atas talian iaitu dengan
cara memuat naik ke dalam sistem yang telah disediakan. Disamping itu juga,
jika pelajar tidak mempuyai kemahiran ini, pelajar juga akan mengalami
kesukaran untuk mencari maklumat terutamanya untuk mencari maklumat di dalam
perpustakaan digital yang mempuyai berjuta-juta pengkalan data yang boleh
digunakan sebagai rujukan ketika menyediakan tugasan dan juga sebagai tambahan
untuk pembelajaran pelajar selain daripada buku yang dibekalkan oleh pihak Oum
sendiri.
Kemahiran
mengunakan perisian “Microsoft Office
Application” juga sangat penting. Pertamanya setiap pelajar dikehendaki
menyediakan tugasan berbentuk ‘Soft Copy’
yang memerlukan pelajar mengunakan aplikasi “Microsoft
Office Word”. Setiap tugasan ini akan dihantar secara atas talian di dalam
sistem myLMS. Pengunaan aplikasi ini adalah asas dalam menyediakan tugasan
dalam bentuk yang dikehendaki sebelum di hantar. Di samping itu juga beberapa
subjek, pelajar dikehendaki menyediakan satu bentuk persembahan slaid untuk
sesi pembentangan. Kebiasaannya pelajar akan mengunakan “Microsoft Office Power
Point” untuk penyediaan slaid pembentangan.
2.3 KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran
membaca adalah asas kepada proses pembelajaran untuk menjadi pelajar yang
berkualiti. Keupayaan membaca yang baik dapat memberikan kelebihan dari
pembacaannya disamping dapat meningkatkan kemahiran belajar. Namun tidak semua
pelajar dianugerahkan dengan kemahiran membaca yang baik. Sama seperti kemahiran
yang lain, kemahiran membaca juga boleh di didik dan diasah seperti peribahasa
ini “ Belakang parang jika diasah nescaya tajam”. Sebahagian besar, pembelajaran di university
memerlukan pelajar untuk membaca. Pelajar juga perlu membaca pelbagai jenis
bahan iaitu dari modul yang diberikan, nota tutorial, bukuteks, jurnal,
artikel, suratkhabar dan juga berita. Bagi meningkatkan keberkesanan pembacaan,
pelajar perlu mengetahui tujuan pembacaan mereka. Dengan mengetahui tujuan
pembacaan, pelajar akan dapat mengetahui tentang cara membaca mereka. Antara
tujuan pembacaan adalah bagi mendapatkan gambaran sedikit sebanyak tentang
subjek yang diambil yang dirujuk sebagai pembacaan latar belakang. Ianya
bertujuan untuk memastikan anda tidak terlepas pandang isu-isu yang berkaitan.
Selain itu, tujuan pembacaan juga adalah untuk mencari maklumat khusus. Apabila
anda perlu mencari maklumat khusus ataupun berdasarkan fakta-fakta sudah tentu
tumpuan anda hanya akan berfokus kepada perkataan tersebut. Tujuan pembacaan
juga adalah bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi sebenar.
Sebagi contoh anda perlu membaca untuk mengunakan satu-satu peralatan dengan
membaca manual pengunaannya. Selain itu, tujuan pembacaan juga adalah untuk
membuat analisis dan memahami dengan lebih terperinci tentang sesuatu topik.
Bagi pelajar atas talian, kemahiran membaca juga amat penting. Pembacaan sama
ada dari modul yang dibekalkan, buku elektronik dari perpustakaan digital,
jurnal, artikel, surat khabar dan sebagainya. Kemahiran membaca yang betul akan
dapat menjimatkan masa disamping dapat memberikan pemahaman berkaitan satu-satu
topik.
3.0 CADANGAN
Pelbagai cara dan cadangan telah
dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi mempertingkatkan ketiga-tiga kemahiran
tersebut.
Antara cara yang dilakukan untuk
menguruskan masa dengan baik adalah dengan membuat analisis tentang keperluan
dan pengunaan masa. Walaubagaimanapun pengurusan masa adalah lebih kepada
pengurusan diri dimana jika kita dapat menguruskan diri dengan baik maka
pengurusan masa akan dapat dilakukan dengan baik. Selain itu juga, pelajar
hendaklah bijak dalam menentukan diantara kepentingan dan juga kemahuan dengan
mengutamakan kepentingan dahulu dari kemahuan diri sendiri. Pengurusan masa
yang baik juga boleh diatur dengan membuat jadual sebagai contoh dengan membuat
jadual waktu untuk mengulangkaji dan juga untuk menyiapkan segala tugasan
dengan masa yang masih ada.
Untuk meningkatkan lagi kemahiran
dalam teknologi maklumat. Pelajar boleh mengambil sedikit masa dengan
mengunakan aplikasi-aplikasi dan juga apa-apa kemahiran yang pelajar tahun
dengan meneroka lebih banyak fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi-aplikasi
tesebut. Disamping itu juga, pelajar boleh mengambil kursus-kursus tambahan
bagi kemahiran teknologi maklumat seperti kursus aplikasi Microsoft Office ataupun
kursus-kursus yang berkaitan dengan pengunaan jalur lebar. Pelajar juga boleh
memperbanyakkan lagi latihan juga pengunaan aplikasi-aplikasi teknologi
maklumat kerana dengan pengunaan yang kerap boleh menajamkan lagi kemahiran
dalam bidang ini.
Kemahiran membaca pula dapat diperingkatkan dengan beberapa kaedah. Terdapat dua kaedah membaca yang biasa digunakan iaitu memmbaca secara laju (Fast Reading) dan juga membaca secara perlahan (Slow Reading). Pelajar harus membaca secara berhati-hati iaitu dengan member tumpuan kepada apa yang dibaca. Pelajar juga hendaklah cuba memahami fakta-fakta penting dengan sepenuhnya dengan mengelakkan ganguan dari sebarang media elektronik mahupun ganguan persekitaran. Kemahiran membaca juga dapat dipertingkatkan lagi dengan pembacaan secara menyeluruh disamping membacanya secara berulang-ulang untuk membantu dalam mengingat fakta-fakta yang penting. Pembacaan juga boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, ketiga-tiga kemahiran tersebut amat perlu kepada pelajar atas
talian. Pelajar seharusnya mahir dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Pelajar
tidak perlu berasa tertekan kerana setiap perkara dapat diatasi. Setiap kemahiran-kemahiran
tersebut dapat diasah dari masa ke semasa. Kemahiran pengurusan masa yang
berkesan dapat membuat pelajar tidak risau akan kekangan masa antara
tanggungjawab diantara kerjaya, keluarga dan tugas sebagai seorang yang
bergelar pelajar. Bagi kemahiran teknologi maklumat pula, latihan dan juga
pengunaan setiap hari akan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang teknologi
maklumat pelajar. Kemahiran membaca pula yang merupakan asas kepada proses
pembelajaran amatlah penting bagi memperbanyakan pengetahuan tentang subjek
yang diperlajari dan sentiasa peka dengan isu-isu semasa. Sekali lagi ingin
saya tekankan bahawa untuk menjadi pelajar atas talian yang berjaya,
ketiga-tiga kemahiran tadi perlu dikuasai. Diharap juga segala cadangan yang
dikemukakan dapat membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan lagi
kemahiran-kemahiran tersebut.
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Anderson, T.
(2008). Theory and practice of online
learning (2nd ed.). Edmonton: Au press. In Ebrary (OUM Digital
Library).
Wagner, N., Hassanein, K., & Head, M. (2008). Who is responsible for
E-Learning Success in Higher Education? A Stakeholders'Analysis. Educational
Technology & Society, 11 (3), 26-36.
Anderson,
Terry(Editor). (2008). The Theory and Practice of Online Learning (second
edition).
Retrieved from
http://site.ebrary.com/lib/unitemlibrary/Doc?id=10290419&ppg=29
Leeds, B.
(2011). Time Perspectives of Online Learning. In Proceedings of Society for
Information Technology & Teacher Education International Conference 2011
(pp. 453-459). Chesapeake, VA: AACE.`
Waugh, M.
& Su, J. (2011). Online Program Design and Student Attrition: Feedback
from Students. In Proceedings of Society for Information Technology &
Teacher Education International Conference 2011 (pp. 808-815). Chesapeake, VA:
AACE.
Svensson, A.
(2011). Challenges for Collaboration in E-learning: Towards an E-learning
Pedagogical Practice. In Proceedings of Society for Information Technology
& Teacher Education International Conference 2011 (pp. 777-785). Chesapeake,
VA: AACE.
Moongwa, M.
(2010). Technology usage in higher education in developing nations. In J.
Sanchez & K. Zhang (Eds.), Proceedings of World Conference on E-Learning in
Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education 2010 (pp. 2657-2661).
Chesapeake, VA: AACE.
Featro, S.
(2011). The Relationship Between Learning Styles and Student Learning in Online
Courses. In Proceedings of Society for Information Technology &
Teacher Education International Conference 2011 (pp. 266-273). Chesapeake,
VA: AACE.
Retrieved from http://www.editlib.org/p/36272.
Khodabandeh, A.,
Afshari, H. & Manian, A. (2010). Critical factors affecting e-learner’s
satisfaction an empirical study. Presented at World Conference on Educational
Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2010, Chesapeake, VA.
Retrieved from http://www.editlib.org/p/32271.
Svensson, A. (2011).
Challenges for Collaboration in E-learning: Towards an E-learning Pedagogical
Practice. In Proceedings of Society for Information Technology &
Teacher Education International Conference 2011 (pp. 777-785).
Chesapeake, VA: AACE.
Retrieved from http://www.editlib.org/p/36371.
Sabieh, C.
(2011). Learning Styles and Strategies: Resistant in the E-learning
Environment?. In Proceedings of Society for Information Technology &
Teacher Education International Conference 2011 (pp. 705-711).
Chesapeake, VA: AACE.
Retrieved from http://www.editlib.org/p/36358.
http://www.merriam-webster.com/dictionary/information?show=4&t=1308875108
Tiada ulasan:
Catat Ulasan