Isnin, 9 September 2013

ANSWER OF ASSIGMENT OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERSSEM MAY 2011



1.0              PENGENALAN


Pembelajaran adalah satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran bermula seawal dari kecil lagi dimana proses pembelajaran dalam kitaran hidup kita seiring berjalan. Perkembangan zaman yang semakin moden menyebabkan ramai yang mulai sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan yang akan digunakan sepanjang hidup. Maka tidak hairanlah jika mereka yang sudah pun berkerjaya mencari peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain dapat meningkatkan taraf hidup mereka, mereka juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kualiti kerja mereka. Kebanyakan mereka yang telah berkerja memilih untuk melanjutkan pelajaran secara separuh masa, secara luar kampus mahupun secara jarak jauh. Universiti Terbuka Malaysia adalah salah satu universiti yang menawarkan program secara separuh masa. Waktu pembelajarannya pula diadakan pada hujung minggu dan flekksible amat sesuai kepada golongan yang telah bekerjaya.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RM ke-9), perkembangan persekitaran digital global dijangka memberi kesan besar kepada usaha dalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan teknologi maklumat merupakan suatu penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian ini, usaha telah dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan teknologi maklumat secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat yang lebih menyeluruh dalam semua aspek kehidupan seharian.

Kaedah pembelajaran kini dijalankan secara atas talian seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Pembelajaran secara atas talian ataupun e-pembelajaran ialah satu kaedah pembelajaran yang diadakan secara atas talian yang mengunakan peralatan elektronik seperti komputer dan internet untuk mengaksesnya. Hodgins dan Conner (2000) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai pengunaan teknologi dalam pembelajaran termasuk pengunaan peralatan digital, kelas maya, pembelajaran melalui siding video dan pengunaan komputer yang mempuyai capaian internet. Kaedah pembelajaran yang ternyata jauh berbeza dengan pembelajaran secara tradisional memberikan nafas baru dalam perlaksanan pembelajaran atas talian. Menurut Romiszowski (2004),“Pembelajaran atas talian memberikan sepenuhnya suasana pembelajaran yang baru untuk pelajar, yang memerlukan kemahiran yang berbeza untuk berjaya”.  E-pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (“Local Area Network”,Wide Area Network” atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, tv interaktif adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000). Penglibatan pelajar yang lebih maju kedepan dan lebih proaktif adalah satu kelebihan untuk berjaya sebagai pelajar secara atas talian. Oleh kerana kaedah pembelajaran yang sama sekali jauh berbeza dengan pembelajaran secara tradisional, maka banyak cabaran-cabaran baru yang terpaksa mereka hadapi.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah kerjasama dan penglibatan di kalangan pelajar secara jarak jauh. Sistem penyampaian E-pembelajaran menggalakkan kerjasama yang berkesan di kalangan pelajar, kerana ia adalah penting untuk membantu pelajar supaya mereka dapat mewujudkan dan dapat mengekalkan kerjasama (Bull, 2008). Di samping itu juga pelajar juga akan menghadapi cabaran dari segi kekangan masa disebabkan kebanyakan pelajar secara atas talian terdiri dari mereka yang sudah berkerjaya.


Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi pelajar atas talian. Sebagai pelajar Open Univerisity Malaysia(OUM), terdapat tiga kaedah pembelajaran yang dipanggil “Blended approach learning”. Kaedah pembelajaran ini dibahagikan kepada tiga iaitu:

a.       Pembelajaran secara secara sendiri yang memerlukan pelajar untuk menjadi pelajar yang berdikari berdasarkan kepada masa yang ada.
b.      Pembelajaran secara bersemuka adalah sesi berjumpa dengan pensyarah iaitu sesi tutorial yang diadakan pada hujung minggu.
c.       Methodologi secara atas talian pula adalah pembelajaran secara atas talian termasuk komunikasi elektronik seperti e-mail, forum perbincangan dan juga ruang sembang yang dibekalkan untuk perhubungan diantara pelajar, tutor dan juga fasilitator.
Oleh kerana kebanyakan pelajar secara atas talian adalah terdiri dari mereka yang telah bekerja, maka saya akan membincangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh mereka sebagai pelajar atas talian. Antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran menguruskan masa, kemahiran membaca dan juga kemahiran teknologi maklumat ataupun kemahiran mencari maklumat. Di samping itu juga, saya juga akan menjelaskan tentang kepentingan-kepentingan kemahiran tersebut kepada pelajar atas talian.

2.0              KEMAHIRAN UNTUK PELAJAR SECARA ATAS TALIAN

Disini saya akan menjelaskan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar atas talian. Antaranya adalah:

2.1       KEMAHIRAN MENGURUSKAN MASA


Menurut Wikipedia, 2011 Time management is the act or process of exercising conscious control over the amount of time spent on specific activities, especially to increase efficiency or productivity” yang bermaksud  proses mengawal masa keatas jumlah masa yang digunakan untuk aktiviti terutamanya untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Pengurusan masa adalah satu kaedah untuk mengawal masa anda. Pengurusan masa yang baik memberikan anda masa yang secukupnya untuk menyiapkan kerja sementara anda masih boleh menjalankan tanggungjawab dan juga aktiviti yang lain. Menjadi pelajar atas talian, semestinya memerlukan pelajar bijak mengaturkan jadual masanya. Ini kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan pelajar atas talian ini terdiri dari mereka yang telah bekerjaya dan sudah pun berkerluarga. Tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada pembelajaran tetapi juga kepada kerjaya dan juga keluarga. Pembahagian masa diantara ketiga-tiga tugas ini memerlukan pengurusan masa yang berkesan. Jika pengurusan masa tidak dapat dilakukan dengan baik, komitmen terhadap ketiga-tiga tugas ini juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekali gus akan menganggu proses pembelajaran dan juga kerjaya mereka. Sebagai seorang pelajar, beberapa perkara terpaksa mereka lalui iaitu dengan menghadiri kuliah dan juga tutorial, menyiapkan tugasan dan juga menghadapi peperiksaan. Pengurusan masa yang berkesan dapat membantu anda untuk merancang kedepan.  Ini bermakna, pelajar dapat merangcang segala aktivi mereka. Sama ada untuk mengulangkaji, menyiapkan tugasan, melakukan rutin harian, bersama dengan keluarga dan juga mutu kualiti kerja akan dapat dikekalkan. Perancangan yang betul akan dapat memastikan segalanya berjalan dengan lancer dan juga mengelakkan diri dari mengalami tekanan dengan bebanan kerja dan juga bebanan sebagai seorang pelajar. Selain itu juga, pengurusan masa yang baik, pelajar akan dapat menilai setiap kemajuan mereka dari masa ke semasa. Ini kerana jika kita mengulangkaji secara konsisten maka kita akan dapat melihat perkembangan pembelajaran kita dari pelbagai sudut dan aspek. Selain itu juga, pengurusan masa yang berkesan penting supaya kita dapat mengunakan masa kita dengan lebih proaktif disamping dapat mengawal aktiviti-aktiviti dan mengutamakan perkara-perkara yang lebih penting. Sebagai contoh, jika kita terpaksa memilih antara menyiapkan tugasan ataupun bercuti, kita hendaklah memilih antara kedua-dua tersebut manakah yang lebih penting. Kita boleh juga memilih untuk menyiapkan tugasan dan jika tugasan telah disiapkan maka kita boleh menghadiahkan diri kita untuk pergi bercuti. Dengan ini, pelajar akan kekal bermotivasi dan sentiasa bersemangat dalam menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Disamping itu juga dapat mengelakan pelajar dari mengalami tekanan.

2.2       KEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT


Menurut Merriam-webmaster dictionary, teknologi maklumat bermaksud teknologi yang melibatkan pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan sistem komputer, perisian, dan rangkaian bagi pemprosesan dan pengedaran data. Kemahiran teknologi maklumat pula adalah kemahiran dari segi pengunaan kepada teknologi tersebut. Sebagai contoh kemahiran dalam pengunaan talian jalur lebar, pengunaan aplikasi-aplikasi dan juga perisian teknologi maklumat seperti kemahiran mengunakan Microsoft office. Kemahiran teknologi maklumat sangat penting bagi pelajar yang mengambil pengajian berdasarkan kepada pendidikan jarak jauh seperti yang diadakan di Open Universiti Malaysia (OUM). Kemahiran dalam pengunaan internet adalah sangat penting. Di Oum, terdapat tiga persekitaran pembelajaran yang diterapkan iaitu pengurusan diri, sesi tutorial dan juga sesi pembelajaran atas talian. Bagi sesi pembelajaran atas talian, pengunaan peralatan komunikasi seperti e-mail, forum perbincangan, ruangan sembang dibekalkan bagi kemudahan pelajar untuk memudahkan perhubungan diantara pelajar, pensyarah dan juga fasilitator. Kesemua kemudahan ini disediakan didalam sistem yang dipanggil ‘Learning Management System (myLMS)’. Bagi pelajar Oum sendiri, kemahiran dalam bidang teknologi maklumat sangat diperlukan untuk mengunakan kemudahan yang disediakan di myLMS. Disamping itu juga, jika seseorang pelajar tidak tahu untuk mengunakan kemudahan tersebut, agak sukar baginya kerana di myLMS juga, segala maklumat-maklumat terbaru dari pihak universiti akan di umumkan di laman sesawang tersebut. Disamping itu juga, nota dan juga tugasan akan dimuat naik di dalam myLMS tersebut. Pelajar juga perlu untuk menghantar tugasan-tugasan secara atas talian iaitu dengan cara memuat naik ke dalam sistem yang telah disediakan. Disamping itu juga, jika pelajar tidak mempuyai kemahiran ini, pelajar juga akan mengalami kesukaran untuk mencari maklumat terutamanya untuk mencari maklumat di dalam perpustakaan digital yang mempuyai berjuta-juta pengkalan data yang boleh digunakan sebagai rujukan ketika menyediakan tugasan dan juga sebagai tambahan untuk pembelajaran pelajar selain daripada buku yang dibekalkan oleh pihak Oum sendiri.

Kemahiran mengunakan perisian “Microsoft Office Application” juga sangat penting. Pertamanya setiap pelajar dikehendaki menyediakan tugasan berbentuk ‘Soft Copy’ yang memerlukan pelajar mengunakan aplikasi “Microsoft Office Word”. Setiap tugasan ini akan dihantar secara atas talian di dalam sistem myLMS. Pengunaan aplikasi ini adalah asas dalam menyediakan tugasan dalam bentuk yang dikehendaki sebelum di hantar. Di samping itu juga beberapa subjek, pelajar dikehendaki menyediakan satu bentuk persembahan slaid untuk sesi pembentangan. Kebiasaannya pelajar akan mengunakan “Microsoft Office Power Point” untuk penyediaan slaid pembentangan.

2.3 KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca adalah asas kepada proses pembelajaran untuk menjadi pelajar yang berkualiti. Keupayaan membaca yang baik dapat memberikan kelebihan dari pembacaannya disamping dapat meningkatkan kemahiran belajar. Namun tidak semua pelajar dianugerahkan dengan kemahiran membaca yang baik. Sama seperti kemahiran yang lain, kemahiran membaca juga boleh di didik dan diasah seperti peribahasa ini “ Belakang parang jika diasah nescaya tajam”.  Sebahagian besar, pembelajaran di university memerlukan pelajar untuk membaca. Pelajar juga perlu membaca pelbagai jenis bahan iaitu dari modul yang diberikan, nota tutorial, bukuteks, jurnal, artikel, suratkhabar dan juga berita. Bagi meningkatkan keberkesanan pembacaan, pelajar perlu mengetahui tujuan pembacaan mereka. Dengan mengetahui tujuan pembacaan, pelajar akan dapat mengetahui tentang cara membaca mereka. Antara tujuan pembacaan adalah bagi mendapatkan gambaran sedikit sebanyak tentang subjek yang diambil yang dirujuk sebagai pembacaan latar belakang. Ianya bertujuan untuk memastikan anda tidak terlepas pandang isu-isu yang berkaitan. Selain itu, tujuan pembacaan juga adalah untuk mencari maklumat khusus. Apabila anda perlu mencari maklumat khusus ataupun berdasarkan fakta-fakta sudah tentu tumpuan anda hanya akan berfokus kepada perkataan tersebut. Tujuan pembacaan juga adalah bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi sebenar. Sebagi contoh anda perlu membaca untuk mengunakan satu-satu peralatan dengan membaca manual pengunaannya. Selain itu, tujuan pembacaan juga adalah untuk membuat analisis dan memahami dengan lebih terperinci tentang sesuatu topik. Bagi pelajar atas talian, kemahiran membaca juga amat penting. Pembacaan sama ada dari modul yang dibekalkan, buku elektronik dari perpustakaan digital, jurnal, artikel, surat khabar dan sebagainya. Kemahiran membaca yang betul akan dapat menjimatkan masa disamping dapat memberikan pemahaman berkaitan satu-satu topik.




3.0  CADANGAN


Pelbagai cara dan cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi mempertingkatkan ketiga-tiga kemahiran tersebut.

Antara cara yang dilakukan untuk menguruskan masa dengan baik adalah dengan membuat analisis tentang keperluan dan pengunaan masa. Walaubagaimanapun pengurusan masa adalah lebih kepada pengurusan diri dimana jika kita dapat menguruskan diri dengan baik maka pengurusan masa akan dapat dilakukan dengan baik. Selain itu juga, pelajar hendaklah bijak dalam menentukan diantara kepentingan dan juga kemahuan dengan mengutamakan kepentingan dahulu dari kemahuan diri sendiri. Pengurusan masa yang baik juga boleh diatur dengan membuat jadual sebagai contoh dengan membuat jadual waktu untuk mengulangkaji dan juga untuk menyiapkan segala tugasan dengan masa yang masih ada.

Untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam teknologi maklumat. Pelajar boleh mengambil sedikit masa dengan mengunakan aplikasi-aplikasi dan juga apa-apa kemahiran yang pelajar tahun dengan meneroka lebih banyak fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi-aplikasi tesebut. Disamping itu juga, pelajar boleh mengambil kursus-kursus tambahan bagi kemahiran teknologi maklumat seperti kursus aplikasi Microsoft Office  ataupun kursus-kursus yang berkaitan dengan pengunaan jalur lebar. Pelajar juga boleh memperbanyakkan lagi latihan juga pengunaan aplikasi-aplikasi teknologi maklumat kerana dengan pengunaan yang kerap boleh menajamkan lagi kemahiran dalam bidang ini.

            Kemahiran membaca pula dapat diperingkatkan dengan beberapa kaedah.  Terdapat dua kaedah membaca yang biasa digunakan iaitu memmbaca secara laju (Fast Reading) dan juga membaca secara perlahan (Slow Reading). Pelajar harus membaca secara berhati-hati iaitu dengan member tumpuan kepada apa yang dibaca.  Pelajar juga hendaklah cuba memahami fakta-fakta penting dengan sepenuhnya dengan mengelakkan ganguan dari sebarang media elektronik mahupun ganguan persekitaran. Kemahiran membaca juga dapat dipertingkatkan lagi dengan pembacaan secara menyeluruh disamping membacanya secara berulang-ulang untuk membantu dalam mengingat fakta-fakta yang penting. Pembacaan juga boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat.

4.0 KESIMPULAN


Sebagai kesimpulannya, ketiga-tiga kemahiran tersebut amat perlu kepada pelajar atas talian. Pelajar seharusnya mahir dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Pelajar tidak perlu berasa tertekan kerana setiap perkara dapat diatasi. Setiap kemahiran-kemahiran tersebut dapat diasah dari masa ke semasa. Kemahiran pengurusan masa yang berkesan dapat membuat pelajar tidak risau akan kekangan masa antara tanggungjawab diantara kerjaya, keluarga dan tugas sebagai seorang yang bergelar pelajar. Bagi kemahiran teknologi maklumat pula, latihan dan juga pengunaan setiap hari akan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang teknologi maklumat pelajar. Kemahiran membaca pula yang merupakan asas kepada proses pembelajaran amatlah penting bagi memperbanyakan pengetahuan tentang subjek yang diperlajari dan sentiasa peka dengan isu-isu semasa. Sekali lagi ingin saya tekankan bahawa untuk menjadi pelajar atas talian yang berjaya, ketiga-tiga kemahiran tadi perlu dikuasai. Diharap juga segala cadangan yang dikemukakan dapat membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran tersebut.
 

APENDIKS

 RUJUKAN / REFERENSI


Anderson, T. (2008). Theory and practice of online learning (2nd ed.). Edmonton: Au press. In Ebrary (OUM Digital Library).

Wagner, N., Hassanein, K., & Head, M. (2008). Who is responsible for E-Learning Success in Higher Education? A Stakeholders'Analysis. Educational Technology & Society, 11 (3), 26-36.

Anderson, Terry(Editor). (2008). The Theory and Practice of Online Learning (second edition).
  Retrieved from http://site.ebrary.com/lib/unitemlibrary/Doc?id=10290419&ppg=29

Leeds, B. (2011). Time Perspectives of Online Learning. In Proceedings of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2011 (pp. 453-459). Chesapeake, VA: AACE.`

Waugh, M. & Su, J. (2011). Online Program Design and Student Attrition: Feedback from Students. In Proceedings of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2011 (pp. 808-815). Chesapeake, VA: AACE.

Svensson, A. (2011). Challenges for Collaboration in E-learning: Towards an E-learning Pedagogical Practice. In Proceedings of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2011 (pp. 777-785). Chesapeake, VA: AACE.

Moongwa, M. (2010). Technology usage in higher education in developing nations. In J. Sanchez & K. Zhang (Eds.), Proceedings of World Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education 2010 (pp. 2657-2661). Chesapeake, VA: AACE.

Featro, S. (2011). The Relationship Between Learning Styles and Student Learning in Online Courses. In Proceedings of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2011 (pp. 266-273). Chesapeake, VA: AACE. Retrieved from http://www.editlib.org/p/36272.

Khodabandeh, A., Afshari, H. & Manian, A. (2010). Critical factors affecting e-learner’s satisfaction an empirical study. Presented at World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2010, Chesapeake, VA. Retrieved from http://www.editlib.org/p/32271.

Svensson, A. (2011). Challenges for Collaboration in E-learning: Towards an E-learning Pedagogical Practice. In Proceedings of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2011 (pp. 777-785). Chesapeake, VA: AACE. Retrieved from http://www.editlib.org/p/36371.

Sabieh, C. (2011). Learning Styles and Strategies: Resistant in the E-learning Environment?. In Proceedings of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2011 (pp. 705-711). Chesapeake, VA: AACE. Retrieved from http://www.editlib.org/p/36358.

http://www.merriam-webster.com/dictionary/information?show=4&t=1308875108



Tiada ulasan: